SweetMuslimah.com

Wednesday 31 October 2012

Episod 1 part 1


Deringan telefon Samsung Galaxy SIII itu berbunyi kali ketiga. Berkumandang lagu ‘We are Young’ nyanyian kumpulan Inggeris Fun dicampur pula bunyi gegaran telefon tersebut cukup membuatkan pemiliknya terjaga dari tidur nyenyak.


                “Argh!!! Siapa pulak pengacau pagi-pagi ni. Orang nak tidur pun tak senang.” Bebel hatinya.
               
            Pantas tangannya mengambil telefon itu dan dicampakkan ke sofa sebelah katilnya dengan konfiden. KELEKANG! Kuat bunyi itu menandakan telefonnya tersasar jauh stesen yang sepatutnya ia mendarat. Serta merta suara pekikan telefon itu juga menyepi.

“Alamak! Salah landing lagi la tu. Biarlah asal senyap dah. Kacau je.” Sahut hatinya.

Baru sahaja dia nak melelapkan mata kembali, tidak semena-mena telefon itu berbunyi lagi. Berkerut mukanya sejurus deringan itu berbunyi. Pantas dia menolak comforter yang menyelubunginya, turun dari katil dan terus menuju ketelefonnya. Lagi berkerut muka dia melihat pemanggil tertera di skrin telefon itu. Dia menekan punat hijau.

“Hmmm…?”
“Dah bangun Tuan Puteri?”
“Tsk. Apa kau nak pagi-pagi ni? Kacau aku tidur tau tak!”
“Tuan Puteri Bella, sekarang ni dah pukul 10.00 tahu tak! Sampai pukul berapa nak tidur, haa?”
“Suka hati akulah. Hah, lagi satu, apa puteri-puteri? Panggil aku cam biasa je tak boleh ke?”
“Hahahaha. Tak boleh, Tuan Puteri. Ni, hamba telefon nak mengajak Tuan Puteri pergi exercise. Futsal. Jom la.” Rengek Fatihah.

“Tak nak pergi. Aku kan Tuan Puteri, mana boleh main bola! Ok, bye.”
“Wait, wait, Bell, jangan camtu… no more Tuan Puteri, okay? Jom ah, takde kau tak best. Please…? Rayu Fatihah menyedari petunjuk sahabat baiknya itu.

“Hmm. Yelah. But, no more Tuan Puteri, Putri or what so ever, ok!”
“Yes! Ok, see you. Tempat biasa tau!”
Klik. Talian diputuskan. Tercengang Bella seketika.

“Ceh, dah dapat apa yang dia nak terus letak telefon? Terima kasih ke, sorry ke, tak ada? Boleh harap punya budak!” Sahut hatinya sambil pipinya dikembungkan. Telefon ditangan dicampak lagi keatas katil. Bella segera mengambil tuala dan bergegas ke bilik mandi. Tanpa memeriksa apa-apa lagi, Bella terus memulas tombol air. “Arghhhhhh!! Panass!!!” bergegar vila Angsana dengan jeritan Bella.

bersambung....

0 comments:

SweetMuslimah.com

About This Blog

this is just a blog about my life, something i know about, and one thing i thought could save my life someday. it is currently going on a perfection process and some finishing touches, which i would've done sooner but seeing my current situation right now, tsk... i can't finish it just yet...happy reading.

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP