SweetMuslimah.com

Wednesday 31 July 2013

nak pergi mana lepas SPM?

so far, junie-junie(junior), saudara-mara, kawan-kawan atau geng ibarat kata upin-ipin slalu tanya sal nak masuk universiti ni. tak pun nak pegi mana after ambik exam yang tersangat feymes tu--SPM... ye lah, sebelum ni, lepas UPSR or PMR,(*tu pun kalo korg smpat ah dengan exam tuh) senang je nak decide, since tak banyak pun aliran yang ada, just nak pilih skolah je, asrama penuh ke, sekolah biasa ke, mara punye skolah ke, apa lagi? haa....premier ke, agama ke, teknik ke, etc... tup,tup bila dah habis SPM, pastu bila dah cuti yang melampau panjangnye pastu jadi blank nak masuk u mana or nak ambik course apa..? ramai yang takut, ramai jugak yang mengelak dan ramai jugak yang terlampau osem dah tau dari awal ni nak kerja apa lepas grad. actually kan benda ni memang tak leh lari la. nak tak nak memang kena pikir 20 hari, 20 malam sebelum buat keputusan. 20 hari? sikit nyaaa? alah, buat apa nak pikir panjang sangat, buat sakit kepala je, pastu buang masa. actually kalau kita bagi deadline kita sendiri dalam memilih course yang sesuai atau kat mana nak pegi, lagi baik sebenarnya. dia buat kita jadi seorang yang yakin dgn keputusan. perlu diingatkan, last minit decision sgt tak patut dilakukan. trust me, i'm a senior for you guys, i've done that before and i dont want other people do the same stupid things i've done. ok back to topic.

so, since korang nak tau, mula-mula sekali, figure out apa korang nak buat dalam hidup ni. jangan sekejap nak ambik engineering pastu tetiba tukar nak jadi doktor sebab gaji diorang banyak. heh-- dalam buat keputusan, duit adalah perkara terakhir yang korang nak fikir. sebabnya kalau korang ambik course yang memang korang xleh handle, BOOM! bukan fail, tapi buang masa. sebab one day korang akan sedar korang dah dewasa and that time akan datang kat korang apa yang korang nak buat sebenarnya. tapi pada aku korang yang after SPM ni boleh rilek lagi kot. sebab dari just few places je pun korang kena pilih. kepada yang 'straight As', tahniah anda ada banyak pilihan, tapi tak tahniah sebab korang boleh konfius nak pilih apa.

so untuk korang yang bijak pandai ni korang boleh ambik program overseas, kalau korang nak pergi. tinggal search dekat kotak google tu je. aku rasa banyak je blog yang dah listkan, so aku xnak listkan ok. so korang adalah sorang yang sangat sayang bumi malaysia ni, xnak kuar pergi overseas, ok, korang ada banyak pilihan lagi, such as asasi, matrikulasi, INTEC(*intec ni foundation utk pegi luar negara gak, tapi study kat malaysia dulu dalam dua tahun camtu). since korang kumpulan yang pandai, aku rasa xyah la ambik diploma atau STPM kan? nak jugak pun boleh. so asasi, macam mana asasi ni? asasi ni under uitm, selalunya orang cakap cara cepat nak masuk universiti la. sesi pembelajaran satu tahun, ada 2 semester, cara belajar lebih kurang sama dengan universiti sendiri, kelas dalam 8.30a.m. until 6.30 p.m, jadual yang agak padat, ada kuliah (biasanya dalam dewan kuliah dan terdiri dari 4-5 kelas) dan tutorial (blajar dalam kelas biasanya 30 orang, just revision class untuk subjek yang korang blajar kat dewan kuliah). ada masuk makmal jugak, lab report kena buat every week, ada tests dan quizzes, oh ya, dan assignment. tu depends on lecturer. finally, final exam. biasanya senang je final exam ni, kalau korang study. haha! ok, dengan macam banyak keje kan? tapi biasa aje sebenarnya. actually sangat best sebenarnya asasi ni. (*aku ex-asasi, dengarla cakap aku. hehe) so, sape-sape yang rasa-rasa nak pegi asasi tu aku syorkan pegi je. best, sangat best. kalau takut banyak kena study ke, tak yah la. honestly aku cakap, aku takdelah study hard mana pun masa asasi dulu. last-last result ok je walaupun tak flat. aku study pun before exam je. haha.. uniform? takde! bebas...osem kan?

next is, ah, matrikulasi. lebih kurang je macam asasi ada report bagai, tapi dia tak macam universiti sangat la. matrikulasi ni ada dua, satu yang program setahun, satu lagi yang dua tahun. tempoh belajar dia lagi lama dari asasi, ah, matrik ni sebenarnya under uitm jugak satu ketika dulu, lepas tu clash jadi matrikulasi, and uitm buat matrik baru namanya asasi. hahaha. matrik ada aliran dia sama ada korang nak ambik biologi ataupun fizik, ahh....

pastu...emm, haa, kalau korang nak skip bendabenda foundation ni la kan, korang leh ambik degree trus, course Architecture. ni pun kat uitm gak. spesel untuk lepasan SPM. tapi kena pergi interview la. kalau dapat boleh terus masuk universiti pastu 4 tahun kemudian boleh grad. uwawww, jimat masa ni, umur 21, 22 dah grad. tapi jangan terkejut la kalau dalam kelas nanti classmate tak sebaya. ada 20, 21, paling tak pun 25. manalah tahu. kalau tak lepas sesi pertama, boleh try lagi sesi kedua, lagi senang takde competition. haha.

pastu, diploma, emm, study lebih kurang cam asasi jugak la atau macam universiti terus. aku malas nak describe camne. faham-faham la ya. bezanya just korang takde bantuan kewangan, macam asasi dengan matrik diorang ditanggung oleh KPT, diploma ni kena PTPTN la kot, since korang study lama, dlam 3-4 tahun, pastu campur dengan 2 tahun buat ijazah, total dalam 5,6 tahun jugak nak grad pangkat ijazah. sesi korang lain sikit dari budakbudak ijazah sarjana, biasanya kalau student ijazah cuti sem korang tak cuti lagi.

lastly ada STPM. sama macam sekolah menengah la, baju putih kain hitam cuma korang akan ada aliran sendiri samaada sains, akaun, sastera, etc. study lagi susah dari spm dan korang ada lagi satu exam beso, the STPM. pastu dah grad dapat pointer boleh apply masuk u untuk ijazah sarjana.

the end.

0 comments:

SweetMuslimah.com

About This Blog

this is just a blog about my life, something i know about, and one thing i thought could save my life someday. it is currently going on a perfection process and some finishing touches, which i would've done sooner but seeing my current situation right now, tsk... i can't finish it just yet...happy reading.

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP