SweetMuslimah.com

Friday 28 November 2014

Program Asasi Sains Uitm

*Artikle ini adalah sambungan daripada artikle sebelumnya.

Program Asasi Sains uitm ni hanya terdapat di kampus Puncak Alam aje. Jadi sesiapa yang ditawarkan program asasi sains, korang tak payah pikir banyak dah. Memang kat Puncak Alam (Palam) je kena hantar nanti. hehe..

Kod program ni adalah PI080. Foundation in Science. Sangat osem bunyinya kan?

Kepada calon yang dapat, Sis ucapkan tahniah. korang memang bertuah! Tersangatlah best belajar di Palam korang tau tak! Kalau boleh Sis nak balik sana masa tu semula...huhuuuu T.T

Program dia sama macam yang lain jugak, 2 semester pengajian je. Setiap semester 4 bulan. Biasanya daftar dalam hujung bulan Mei atau awal Jun, semester pertama akan tamat bulan Sept dan semester kedua akan start balik dalam bulan November sampai bulan Mac. Pastu korang cuti la sampai berbulan2 sebab intake untuk degree dalam bulan September... Waaaaauww! Cuti.

Cakap pasal cuti, Sis dah setahun tak cuti...Asyik praktikal je time cuti sem...haishhh... indahnya hidup Sis sekarang ni....

Kemudahan

Kolej. Of course la diorang bagi. full semester diorang bagi. apa yang bestnya kolej palam ni still baru lagi. So bilik bilik dia memang best!

Ni la kolej korang. cam apartment kan? satu floor ada dalam 8-10 rumah, dalam setiap rumah ada 4-5 bilik. Setiap bilik kongsi dua orang. Setiap rumah ada bilik air sendiri tau. Ni kolej perempuan. Kolej lelaki warna maroon. ni la kolej Sis dulu.

Kolej perempuan nama dia Rafflesia, Kolej lelaki Angsana. Gambar kat atas tu Rafflesia 3 (R3). Dalam ni ada washing machine dan bilik tv. Astro semua line ade... Tengok la HBO ke Supersport ke Warna ke sampai lebam pun takde sape nak marah.




Ni example bilik. Credit kepada tuan punya gambar. Katanya abaikan bilik bersepah. Masa tu minggu orientasi, jangan  kata nak kemas bilik, nak sikat rambut pun tak sempat. Tapi, seriously, minggu orientasi sangat rush... berkejar ke sana ke mari...

Camne? bilik agak luas kan? Almari pun ada, sebelah belakang tak termasuk dalam gambar.

Elaun

Sama jugak macam program asasi lain, korang jugak akan dapat elaun. tapi lagi sikit la daripada student asasi law. Dalam RM1250+ camtu je. Pandai-pandai la korang ye.

Kampus

Nak cerita pasal kampus banyak sangat la. Sis bagi gambar je, kay? Lagipun kalau cerita banyak banyak nanti tak seperaisssse pulak... tengok gambar.


                                    Palam waktu malam. chantek tak? chantek tak?



  Ni palam sepatutnya bila dah fully developed. Tak tahu la sekarang macam mana dah...


Kelas korang mungkin di bangunan sebelah kiri korang. Di fakulti farmasi. Jangan sesat tau. Newbie selalu sangat sesat. hehe.


    Ni la dewan kuliah korang.... muat dalam 5 kelas gitu... satu kelas ada dalam 30 je.


Salah satu bangunan yang feymes kat sini adalah bangunan yang paling tinggi... Kami suka naik rooftop bila dah abis jogging pagi pagi...




Camni la lebih kurang pandangan dari rooftop. Tapi ni bukan rooftop bangunan atas tu... Ni bangunan lain yang rendah je... Pandangan dari bangunan atas tu Sis tak jumpa kat mana Sis simpan. Ahah!

Tak lupa juga kolam 8 yang kitorang suke pegi....




Kolam yang femes sebab ada banyak ikan kat dalam tu. Ikan je tau. buaya takde. Kalau pegi jangan lupa bawak makanan banyak banyak. Diorang suka makannnnn.......




Oh ye. Ni la struktur yang palingggggg femes kat Palam. Namanya tangga kejayaan. Osem kan? Lagi banyak anak tangga dari kuil kat Batu Caves tu tau. hehe...  Sis naik turun tangga ni 2 sem, satu kilo pun tak turun berat... sebab apa tau, bila dah naik tangga, sampai atas tu mesti lapar, pastu mesti beli makan banyak banyak... hehe.


      Hanya orang orang yang tertentu sahaja tau shortcut tangga kejayaan nih....hehe...

Subjek Blaja

Subjek yang korang ambik sebagai sorang student Asasi Sains adelahhh:


  1. CiTU - matapelajaran agama dan menghafal surah 30 ayat.
  2. BEL - matapelajaran bahasa inggeris (sem 1 pasal muet, sem 2 lebih kepada komunikasi)
  3. Chemistry - matapelajaran kimia tapi lagi susah dari masa skolah menengah...uhuk...T.T
  4. Biology - matapelajaran biologi la... dari sebesor2 orang ke sekecik kecik sel satu unit.
  5. Physics - matapelajaran feveret Sis. Tapi susah bahhhh....
  6. Mathematics - matapelajaran kira kira... ala ala calculus la jugak. tapi lebih kurang je dengan addmath.


Ni lah buku bukunyer... sori gambar buruk ni je yang ade. masa tu phone x upgrade lagi. 2mp je. tangan lak gegar....gahgahgah...

Em.... so tu je kot... so happy blajar ye korang. Oh ye, masa nak mai tu jgn lupa bawak makan banyak2, sebab waktu orientasi makanan tak best.(*zaman Sis dulu lah...) Tapi masa taim orientasi tu memang korang tak de masa langsung. Balik bilik pun cukup cukup waktu nak solat je. Nak mandi jangan berangan. Tak sempatnye. Tido pun kejap je.

Jadi... Okeh. Tu je. Bye! Good Luck!


---------------------end------------------------

4 comments:

aliyahaznin 17 December 2014 at 20:10  

Salam kenal...Jemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)

Unknown 9 May 2015 at 03:58  

Assalamualaikum kak. Saya minta maaf soalan saya ni kebudak-budakan sikit. Saya free hair. So nak tanya, boleh ke free hair bila masuk asasi palam nanti?

Unknown 9 May 2015 at 03:58  

Assalamualaikum kak. Saya minta maaf soalan saya ni kebudak-budakan sikit. Saya free hair. So nak tanya, boleh ke free hair bila masuk asasi palam nanti?

Peng 27 February 2016 at 04:54  

terima kasih! statement perenggan pertama sangat melegakan!

SweetMuslimah.com

About This Blog

this is just a blog about my life, something i know about, and one thing i thought could save my life someday. it is currently going on a perfection process and some finishing touches, which i would've done sooner but seeing my current situation right now, tsk... i can't finish it just yet...happy reading.

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP