She's my Cinderella
she's my cinderella
Deringan telefon Samsung Galaxy note II itu berbunyi kali
ketiga. Berkumandang lagu ‘We are Young’ nyanyian kumpulan Inggeris Fun
dicampur pula bunyi gegaran telefon tersebut cukup membuatkan pemiliknya
terjaga dari tidur nyenyak.
“Argh!!!
Siapa pulak pengacau pagi-pagi ni. Orang nak tidur pun tak senang.” Bebel
hatinya.
Pantas
tangannya mengambil telefon itu dan dicampakkan ke sofa sebelah katilnya dengan
konfiden. KELEKANG! Kuat bunyi itu menandakan telefonnya tersasar jauh stesen
yang sepatutnya ia mendarat. Serta merta suara pekikan telefon itu juga
menyepi.
“Alamak! Salah landing lagi la tu. Biarlah asal senyap dah. Kacau je.” Sahut
hatinya.
Baru sahaja dia nak melelapkan mata
kembali, tidak semena-mena telefon itu berbunyi lagi. Berkerut mukanya sejurus
deringan itu berbunyi. Pantas dia menolak comforter yang menyelubunginya, turun
dari katil dan terus menuju ketelefonnya. Lagi berkerut muka dia melihat
pemanggil tertera di skrin telefon itu. Dia menekan punat hijau.
“Hmmm…?”
“Dah bangun Tuan Puteri?”
“Tsk. Apa kau nak pagi-pagi ni?
Kacau aku tidur tau tak!”
“Tuan Puteri Bella, sekarang ni dah
pukul 10.00 tahu tak! Sampai pukul berapa nak tidur, haa?”
“Suka hati akulah. Hah, lagi satu,
apa puteri-puteri? Panggil aku cam biasa je tak boleh ke?”
“Hahahaha. Tak boleh, Tuan Puteri.
Ni, hamba telefon nak mengajak Tuan Puteri pergi exercise. Futsal. Jom la.”
Rengek Fatihah.
“Tak nak pergi. Aku kan Tuan
Puteri, mana boleh main bola! Ok, bye.”
“Wait, wait, Bell, jangan camtu… no
more Tuan Puteri, okay? Jom ah, takde kau tak best. Please…? Rayu Fatihah
menyedari petunjuk sahabat baiknya itu.
“Hmm. Yelah. But, no more Tuan
Puteri, Putri or what so ever, ok!”
“Yes! Ok, see you. Tempat biasa
tau!”
Klik. Talian diputuskan. Tercengang
Bella seketika.
“Ceh, dah dapat apa yang dia nak
terus letak telefon? Terima kasih ke, sorry ke, tak ada? Boleh harap punya
budak!” Sahut hatinya sambil pipinya dikembungkan. Telefon ditangan dicampak
lagi keatas katil. Bella segera mengambil tuala dan bergegas ke bilik mandi.
Tanpa memeriksa apa-apa lagi, Bella terus memulas tombol air. “Arghhhhhh!!
Panass!!!” bergegar vila Angsana dengan jeritan Bella.
SELESAI mandi Bella terus menyarung
baju sukan kegemarannya dan terus berlalu ke meja solek. Usai menyikat rambut
dah mengayakan topi, dia ingin segera berlalu tetapi matanya terpandang
dokumen-dokumen diatas meja tersebut yang bertulis namanya; PUTRI BELLA binti MEGAT
SYAKIRIN. Muncung bibir Bella diikuti pipinya dikembungkan.
“Aii… Kalau aku ikutkan hati, dah
lama aku cincang-cincang lepas tu bakar je benda alah ni. Nama ni pun satu,
apesal la orang tua tu bagi aku nama ‘season’ camni. Zaman bila nama
putri-putri ni. Nama biasa-biasa tak boleh ke?” cebik Bella lagi. Dia segera
mencapai bag di tepi meja solek dan berlalu keluar dari bilik, turun ke tingkat
bawah dan segera menuju ke meja makan.
“Morning, papa. Mak Limah buat apa pagi ni?” Tanya Bella seraya
duduk di kerusi makan. “Oooh, Mak Limah buat laksa, feveret ni.” Tambah Bella
mula mencedok laksa ke mangkuk di hadapannya. Buat seketika dia lupa masalah
yang melanda.
“Oii, anak dara, lewatnya bangun.
Matahari naik baru nak jamah sarapan pagi. Tak ada teruna nak masuk meminang
nanti” Sindir Megat Syakirin.
“Eleh, papa tu pun baru nak makan
jugak. Mengata orang je lebih.”
“Eh, papa pagi lagi dah teman nenek
makan tadi. Yang ni second round.”
“Oii, duda, second round, nanti perut boroi tak ada janda nak baru tahu.” Usik Bella.
Serentak itu juga Bella teringat kembali masalahnya. Terus tawar makannya,
tekaknya tak boleh menelan lagi.
“Pa, Bella gerak dulu.” Kata Bella
seraya bangun dan terus melangkah keluar rumah. Megat Syakirin menggeleng
kepala. “Salam pun tak…?” kata Megat Syakirin dalam hati.
BELLA memarkir kereta setelah sampai di Sport Center. Dari
jauh kelihatan Fatihah melambai-lambai. Bella buat tak endah. Pura-pura tak
nampak.
“BELLLLLLLLL……A….”jerit
Fatihah sebaik saja Bella keluar dari kereta. Serta merta Bella pusing dan
merenung tajam Fatihah. Fatihah sengih dan mengangkat tangan membuat isyarat
agar Bella bertenang. Bella melangkah menuju kea rah Fatihah. Masih dengan
renungan tajam. Sebaik sahaja Bella sampai disitu, dia langsung tidak bersuara.
Fatihah menepuk belakang Bella.
“Bell,
Bell….hehe” Fatihah tersengih macam kera
sumbing. Pantas jari telunjuk Bella menunjuk ke arah Fatihah. Mimik muka
mengugut segera dipamerkan. Fatihah mengangguk pantas. Bella tersenyum
kemenangan. Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam Sport Center
tersebut.
“PERGH…. Penat giler main futsal
hari ni. Rasa macam dah setahun dah tak main. Eh, Bell, team kau kalah la kali
ni, jadi kau kena belanja aku.” Kata Fatihah kepada Bella setelah ahli yang
lain sudah pergi.
“Eh? Apesal pulak? Aku tak deal
apa-apa pun dengan kau pun dengan kau sebelum main.”
“Hoi, mak cik, kau dah jadi nenek kebayan
ke? Kan semalam kau setuju kalau kau kalah kau nak belanja aku makan hari ni.
Jom la, perut aku lapar ni… Tengok, dengar tak…? Kerongcong untuk Bell ni…”
“Oh, ada ke?”Tanya Bella tak acuh.
“Yelah. Kau ni apesal mood pelik
semacam ni? Dah tu main lupa-lupa pulak? Muka monyok je. Pastu apesal muka kau
merah je masa datang tadi? Kau demam, eh?
Bella memandang Fatihah. Fatihah
lah sahabatnya dunia akhirat. Rahsia hidup, kisah cinta, patah hati, keputusan,
minat semuanya dikongsi dengan Fatihah. Tapi rahsia yang satu itu patutkah
diceritakan? Khabar yang menekan jiwanya itu, perlukah di kongsi?
“Bell, hei, kenapa ni? Cerita kat
aku.”cepat sahaja Fatihah menangkap ada sesuatu yang dirahsiakan Bella.
“Papa aku, dia… err… dia… nak
kahwin hujung minggu ni.” Bella melepaskan juga segala yang terbuka dihati.
Kalau disimpan tak guna juga menurut kata hatinya. Fatihah yang mendengar
kata-kata Bella itu melopong.
“Uncle nak kahwin? Hujung minggu? Apa? Dengan siapa? Tapi bagus
juga. Daddy kau kan dah lama menduda.
Apa salahnya dia kahwin? Kau patut gembira sebab nak dapat mummy baru.”
“Nak happy macam mana kalau papa
aku nak kahwin dengan minah tu?”tekan Bella.
“Hah? Uncle nak kahwin dengan minah tu? Correct me if I’m wrong, but minah genit yang ada anak muka ala-ala
Erra Fazira yang naik BMW second hand
tu ke?”
“Minah mana lagi. Minah tu lah.”
Penuh dengan nada kebencian Bella berkata.
“Ohho, berjaya jugak dia pujuk Puan
Sri Latipah Othman, ya. Nak pulak uncle
kahwin dengan dia?”
“Berjaya la sebab pakai pertolongan
bekas boyfriend nenek aku. Papa pulak
setuju je kata nenek. Pastu Pop tu kata bagus untuk aku la, itu la, ini la…
Kesian kat ‘Erra Fazira’ dah lama tak ada bapak la. ”
“Pop? Siapa Pop?”
“Bekas boyfriend nenek aku tu la. Uncle minah tu.”
“Dah tu kau tak bagitau ke yang kau
tak suka mak cik tu kat daddy kau?”
“Nak bagitau buat apa? Kau macam
tak tahu kata Puan Sri Latipah Othman mana boleh dibangkang. Tapi, semua salah
aku jugak.”
“Kenapa salah kau?”Tanya Fatihah
teruja. Bella hanya menyepi.
“Ok, habis tu apa kau nak buat
sekarang?” Fatihah mengalih topik segera. Memahami.
“Tak boleh buat apa-apa lah.
Biarlah diorang nak kahwin. Asal jangan kacau aku dah la. Cukup la tu. Cakap
pasal perempuan tu buat aku naik darah
je. Jom la, aku belanja kau aiskrim.”
“Aiskrim je? Kata nak belanja
makan?”
“Nanti kita pergi la makan. Aiskrim
kan kat luar tu aje.”
“Oh, ok.” Fatihah sengih. Dapat juga
makan percuma hari ni.
Bella dan Fatihah bingkas bangun.
Mengemas meja dan mengambil semua barang milik mereka yang bertaburan di meja.
Selesai mengemas mereka melangkah pergi beriringan. Tiba –tiba…
“Hoi,
baju hitam, jaga-jaga! Tunduk!”laung seorang lelaki.
Belum pun sempat Bella memproses
arahan itu,sebiji bola futsal mengenai kepalanya tepat. Tercabut bandana yang
diikat di kepala. Bella memegang kepalanya. Terasa bergegar kepalanya . Fatihah
ditepinya terkejut sehingga dia terdiam seketika. Sesaat kemudian barulah dia
tersedar dah terus menolong Bella. Lelaki yang melaung tadi juga terpaku
seketika. Tetapi dia kemudiannya ketawa perlahan.
“Siapa punya bola ni?” Marah Bella
sejurus berpusing ke belakang. Mukanya jelas menunjukkan dia marah. Lelaki itu
gerun melihat muka marah Bella. Saat itu juga Bella tahu bahawa dialah lelaki
yang bertanggungjawab atas kemalangan itu.
“Kau buta ke?” marah Bella.
Sudahlah dia masih sakit hati dengan perkahwinan yang bakal berlangsung, ini
pulak kepalanya menjadi mangsa, ditambah pula diketawakan oleh lelaki itu dah
kawan-kawannya.
“I’m
so sorry, miss.” Tapi saya dah suruh awak tunduk. Kenapa awak tak tunduk.” tersengih sengih dia menjawab.
“Is
that eye you got in your socket?” tempik Bella.
“Eh, orang dah minta maaf. Tak
payah la jerit-jerit macam tu!”
“Suka hati aku la!”bentak Bella
lagi. Geram.
“Tak ada makna minta maaf dengan
orang macam kau ni. Blah la, wei.”
Marah lelaki itu kembali. Dia terus bergerak ke arah bertentangan. Bella masih
tidak puas hati. Dia mengutip bola yang menghentam kepalanya tadi seraya
menjerit.
“Hoi, baju kuning, ambik balik bola
kau!” jerit Bella serentak dia membaling bola itu tepat mengenai sasaran. Kini,
kepala lelaki itu pula menjadi mangsa. Lelaki itu meraba kepalanya yang sakit.
Perasaan marah mula membuak-buak dalam dirinya. Dia berpaling.
“Woi, apa masalah kau ni? Nak gaduh
ke?”
Bella tidak berkata apa-apa. Dia
mengangkat tangan dan membuat simbol ‘L’ yang bermaksud ‘loser’ di dahinya. Perbuatan Bella meledakkan lagi kemarahan
lelaki itu. Segera lelaki itu membuka langkah tapi dihalang oleh
kawan-kawannya.
“Fiq, sabar, Fiq.”pujuk Aiman.
“Lepas, lepas. Biar aku ajar
perempuan biadap ni!”
“Wohoho, sabar Fiq. Kau nak pukul
perempuan kat tempat umum camni? Dah la tu. Dia dah blah dah tu.”sampuk Jimmy.
Selepas kelibat Bella menghilang di
sebalik dinding itu barulah Fiqra Sufi bertenang. Dia menghela nafas marah
terakhir. Fiqra Sufi mencari kembali bola yang satu itu setelah Aiman mengajak
dia pergi. Sewaktu mengutip bola itu, dia terpandang bandana yang dipakai Bella
di lantai. Dia mengutip kain itu dan mengenggamnya kemas.