SweetMuslimah.com

Thursday 27 November 2014

Program Asasi Uitm

Aloha!
Haa...macam baru balik dari Hawaii tak....? haha

So, hari ni nak cerita sikit pasal Program Asasi Uitm kat Puncak Alam sebab sekarang mesti spm-er spm-er tengah pikir pikir mana nak pegi kan?

So, sesape yang dapat masuk Program Asasi tu, Tahniah Sis ucapkan!

Tapi, Sis nak cerita pasal pendedahan general sikit je pasal Program Asasi ni...

Sila baca...:)


Program Asasi Uitm

So, secara asasnya, program asasi di uitm terbahagi kepada 4 bahagian;

  1. Asasi Undang-Undang (Foundation in Law)
  2. Asasi Kejuruteraan (Foundation in Engineering)
  3. Asasi TESL
  4. Asasi Sains (Foundation in Science)
Pilih pilih nak yang mana. semua best best tau! hihi.

Kemasukan ke Program Asasi ni adalah dalam bulan Mei (5) dan November (11). Tapi yang bulan November tu hanya untuk kampus Kedah sahaja. Jap lagi sis cerita pasal kampus, ok!

Macam yang korang semua tahu, Uitm ni banyak kampusnya tapi tak semua kampus ada Program Asasi. Tengok senarai kat bawah;

  1. Kampus Shah Alam - Asasi Law dan Asasi TESL
  2. Kampus Puncak Alam - Asasi Engineering dan Asasi Sains
  3. Kampus Melaka - Asasi TESL
  4. Kampus Kedah - Asasi Law
  5. Kampus Pahang - Asasi Law dan Asasi TESL
Kalau dulu masa zaman Sis study asasi ni, ada lagi satu kampus yang offer program asasi... kampus Puncak Perdana. Dah nama pun Puncak kan, dekat je dengan Puncak Alam ni, tapi offer program Asasi Law dengan TESL. Sekarang tak tahu dah ada lagi ke tak. Lagi satu kat Penang, tapi dah lama dah rasanya takde kat situ....hmmmmm.....

kalau nak tahu lebih lanjut boleh pegi kat page Program Asasi sendiri kot. mungkin dapat pencerahan lebih lagi...


Jadi dengan itu, tahniah dan semoga berjaya kepada sesiapa yang berjaya mendapat tempat untuk Program Asasi.



--------end--------

1 comments:

Abdul Hakim 12 May 2015 at 04:59  

Ada contact budak Engineering tak? Nak tanya specs laptop apa yang perlu untuk Engineering.

SweetMuslimah.com

About This Blog

this is just a blog about my life, something i know about, and one thing i thought could save my life someday. it is currently going on a perfection process and some finishing touches, which i would've done sooner but seeing my current situation right now, tsk... i can't finish it just yet...happy reading.

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP