Program Asasi Undang Undang Uitm
* Artikel ini adalah sambungan daripada artikel sebelumnya.
Asasi Undang undang terbahagi kepada dua iaitu Program KPTM PI007 dan Uitm PI005.
Program ini hanya selama 2 semester. setiap semester adalah 4 bulan.
hanya ada tiga kampus yang menawarkan program Asasi Undang Undang iaitu:
- Uitm Kampus Shah Alam, Selangor
- Uitm Kampus Kuantan, Pahang
- Uitm Kampus Merbok, Kedah
KPTM PI007 adalah program Asasi Undang Undang di bawah Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia sendiri. Istimewanya program ini adalah sebagai graduan, anda diberi kelebihan untuk memilih universiti lain untuk menyambung pelajaran anda. Namun, program ini hanya terdapat di kampus Shah Alam sahaja.
Uitm PI005 adalah program Asasi dibawah Uitm sendiri. Selepas tamat pengajian Asasi, anda akan diserap masuk ke uitm sahaja melalui penerapan. program ini terdapat di semua kampus yang tersenarai diatas.
Kemudahan
Kemudahan kolej adalah disediakan untuk kedua dua semester.
Elaun juga akan diberikan kepada pelajar sebanyak RM2400+/semester. tambah tolak dengan yuran etc, tinggalah dalam RM1800+- untuk anda joli...hihiiiii...:D
Subjek subjek yang perlu diambil
Semester 1
- English for Foundation Studies - mainly pasal cara jawab muet.
- Critical Reading and Reasoning for Foundation Studies - cara analisis artikel secara kritikal (bukan subjek peperiksaan)
- Computer and Information Processing - perkara asas mengenai komputer
- Tassawur Islam - subjek agama serta temasuk hafalan surah. (biasanya surah 30 ayat)
- Introduction to Law - Subjek pengenalan asas kepada Undang undang.
- Introduction to Malaysian Government System and Politics - mengenai sistem pentadbiran di Malaysia.
- Legal Research and Information Processing Skills - cara mencari informasi berkaitan undang undang Malaysia.
Semester 2
- Communication Skills for Foundation Studies - Pengucapan awam, debat dan forum (bukan subjek peperiksaan).
- Academic Writing for Foundation Studies - penulisan untuk level tinggi. (bukan subjek peperiksaan)
- Asas Asas Syariah - menyentuh pasal Asas asas Syariah dan hafalan surah.
- Introduction to Economics - pengenalan kepada ekonomi
- Introduction to Law II - penekanan kepada undang undang yang ada.
- Introduction to Social Psychology and Criminology - pengenalan kepada psikologi sosial dan jenayah.
- Introduction to Law III - Undang Undang Jenayah, Undang Undang Tort, Undang Undang Kontrak.
- Contemporary Global and Legal Issues - isu isu semasa dan antarabangsa.
*Peringatan Penting
Penting untuk bakal bakal pelajar untuk tahu pelajar perlu memastikan:
(KPTM PI007) CGPA 3.50 keatas, MUET band 4 dan lulus temuduga untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
(Uitm PI005) CGPA 3.0 keatas, MUET band 4 dan lulus temuduga untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Hanya 4 subjek teras terbaik yang diambil kira bagi menentukan gred CGPA dengan syarat tiada subjek yang gagal.
7 comments:
nak tanya surah apa yg kena hafal selain al mulq?
Hafalan surah biasanya tpulang atas lecturer... Tp kebiasaannya selain al mulk, surah as sajadah, yasin, etc surah2 yg biasanya 30 ayat...
Surah tu carry marks ke utk exams?
Yup.
lepasan spm kna ada apa jaa
Post a Comment